Thursday, 7 November 2013

Suka duka budak sekolah

Haryati memulakan sesi persekolahan menengah bersama kwn2 y baik n bijak pandai. Dia mula belajar erti berdikari sejak tinggal di asrama sekolahnya. Bersama kwn2 seperjuangan, dia mengenali hati budi kwn2 dgn lbh dekat. Dr ctu jugalah dia mengubah sikapnya y panas baran n anti lelaki kpd seorg perempuan y sopan n menjaga batasan dlm pergaulan.

Kehidupan di asrama mmg sgt menyeronokkan. Pergi mkn n menonton tv bersama senior n junior, mengaji fardhu ain n menghafal ayat2 lazim n doa serta melakukan byk aktiviti bermanfaat. Biarpun pd mulanya terasa seperti mahu lari dr kehidupan asrama tp akhirnya Haryati akur bahawa hidupnya d ctu sgt aman n manis utk dikenang.

Dlm kelas Haryati, xramai kwn2 lelaki. Jd dia bersama kwn2 perempuan y lain suka membuli kwn2 laki y dirasakan lemah n pemalu itu. Walaupun begitu, Haryati sbnrnya lbh gemar bersendirian dr mengambil tahu hal kwn2 y lain.

Haryati selalu saja digosipkan dgn kwn2 laki dlm kelasnya. Dia tdk tahu knp tp pd pndptnya kwn2 perempuan hny sekadar mengusiknya saja. Ada seorg kwn lelaki dlm kelasnya, sgt comel tapi pemalu. Arif namanya. Arif merupakan ketua kelasnya. Dia sgt penyabar walaupun dibuli n selalu saja tersenyum. Haryati tdk berminat pd mn2 lelaki dlm kelasnya n hny membiarkan sj usikan kwn2nya.

Pd akhir sesi persekolahan, sekolah mengadakan sesi bergambar utk setiap kelas. Jurugambar mula menyusun kedudukan mereka supaya tampak kemas n cantik. Tanpa disangka, Arif disuruh berdiri bersebelahan dgn Haryati. Seperti seseorg y lgsg tiada perasaan, Haryati buat muka tdk tahu saja. Tp tdk disangka, Arif tersipu2 malu n asyik tersengih saja sepanjang sesi bergmbr. Haryati berlalu sepi tanpa mengendahkan usikan kwn2nya.

Haryati pd waktu itu memiliki pendirian y tegas n berprinsip iaitu tdk mahu bercinta selagi belum tamat sekolah. Dia berjaya mempertahankan prinsipnya ketika itu tanpa menyedari perubahan y bakal berlaku di kemudian hari..


No comments:

Post a Comment