Thursday, 6 February 2014

Nasihat 32

Susah bila kita sudah tawar hati terhadap sesuatu atau seseorang
Sukar untuk dipujuk mahupun diubati
Ibarat luka yang sudah sembuh, tapi meninggalkan kesan parut
Begitulah hati dan perasaan itu diumpamakan..

Jangan menyalahkan tanpa mengetahui
Jangan menghukum tanpa memahami
Usah mencemuh atau membandingkan
Sebelum menilai sedalam2nya

Tidak perlu dipaksa atau memaksa
Lebih baik biarkan sahaja
Usah mempersoalkan atau memperkecilkan
Lebih baik jika berdiam diri

Ikhlaskan hati menerima ketentuan
Harungi segalanya tanpa perlu melupakan
Jadikan ianya sebagai pengalaman
Juga pedoman hidup.

No comments:

Post a Comment