Biasa kita dengar, bila kita kehilangan seseorang yg benar2 kita kasihi, pd waktu itu barulah kita tersedar betapa pentingnya dia dlm hidup kita. Begitu juga la dgn cinta, kita kerap kali tidak sedar cinta yg ada di depan mata, sehinggalah kita kehilangannya, baru kita sedar dan rasa betapa sedihnya hati...
Cinta yg tidak disedari..munculnya juga tanpa diduga. Entah bila perasaan itu bersarang dlm jiwa, bagaimana tumbuhnya bibit2 cinta, semuanya seolah2 kabur bila berada di depan mata. Tapi setelah org lain berjaya merebut cinta itu daripada kita, barulah kita tahu yg sbnrnya siapa yg betul2 kita cinta.
Sejak kehilangan cintanya, kita mungkin akan rasa sedih, rasa terkilan. Setiap kali menatap gambarnya bersama org lain, rasa remuk redam dlm jiwa. Sentiasa termenung, memikirkan kenapa cintanya bukan milik kita. Kita ingin sekali bahagia bila melihat dirinya bahagia, tapi..sedih yg dirasai. Kenapa? Kerana kita baru tahu, baru sedar, bahawa dialah org yg selama ini kita betul2 cintai..
Sungguh hati dan perasaan itu sgt halus. Sgt sukar untuk difahami. Seringkali kita dapat memahaminya apabila ia telah tiada dgn kita. Pd waktu itu, untuk apa lg difikirkan, untuk apa lg dikenang kerana segala2nya sudah pun berubah dan tak mungkin jadi seperti dl, seperti sediakala..
Akhirnya, apa yg mampu dilakukan hanyalah mengikhlaskn hati dan diri, menerima ketentuan dr Allah bahawa cintanya bukan untuk kita, dan kita tidak ditakdirkan untuk bersamanya. Apa yg lebih menggusarkan hati sebenarnya, bila kita dapat tahu bahawa dia juga menyintai kita tp tetap tak mampu merubah apa2.....
No comments:
Post a Comment