Thursday, 5 December 2013

Nasihat 17

Seseorang itu bukan sengaja untuk cepat 'melatah'. Kebiasaannya perkara itu berlaku berdasarkan pengalaman yang dilalui sebelumnya. Kita selalu mengambil kira pandangan dari pihak majoriti saja dan sering mengabaikan pandangan dari pihak minoriti. Jika pihak minoriti bersuara, dicop sebagai cepat melatah. Tapi bila pihak majoriti bersuara dianggap matang. 

Pendapat dari pihak majoriti tidak semestinya betul. Hanya kerana mereka ramai yang sependapat, tidak bermakna pihak minoriti pula yang salah. Dalam pertimbangan haruslah adil, bukannya berat sebelah. Jika tidak, kita tidak akan sedar bahawasanya kita telah melukakan hati pihak minoriti tersebut.

Benar, hati pihak majoriti yang perlu dijaga kerana mereka ramai. Dan kita sudah tentu tidak mahu tersepit di antara kedua2 pihak tersebut. Tapi adalah lebih baik jika kita pertimbangkan kedua2 pendapat daripada memutuskan untuk memilih pendapat dari pihak majoriti sebab mereka lebih ramai.

Kerana sebab itu juga la, keadilan sukar untuk ditegakkan dan kebenaran sukar untuk dibuktikan....

No comments:

Post a Comment