Monday 30 December 2013

Merindui..

Entah mengapa hati ini meronta2
Ingin sekali menatap wajahnya
Ingin sekali mendengar suaranya
Ingin sekali tersenyum tatkala melihatnya bahagia

Cukuplah rasanya walaupun hanya sekali
Segala impian itu dipenuhi
Kerana jiwa sarat menanggung
Derita sengsara kerna merindui dirinya

Lupakah dia pada ku?
Ingatkah lg dirinya pd kngn2 bersama yg lalu?
Kenapa dia masih menyepikan diri?
Merajuk, kecewa atau sudah benci?

Dia meninggalkanku dgn seribu tanda tanya
Dia menyepikan diri jauh dr penglihatanku
Dia selalu menunjukkan kesepian
Yg sgt sukar utk difahami

Bilakah agknya kesunyian ini akn hilang?
Mungkinkah terubat rindu yg makin bersarang?
Keraskah hatinya utk dilembutkan?
Ataukah rajuk di hati makin menggunung?

Berilah kesempatan utk bersemuka
Ataupun berbicara tanpa bayangan
Mogakan luka dpt sembuh
Parut pun turut hilang...

Dikaulah IDAMAN....

Ketika ingin bernikah...

Ketika ingin bernikah

janganlah mencari ISTERI sahaja...tetapi carilah IBU bagi anak-anak kita....

Ketika mencari SUAMI janganlah mencari yang banyak HARTA...tetapi carilah IMAM bagi keluarga kita.

Ketika melamar si dara,kamu bukan sedang meminta kepada orang tua nya tetapi kamu meminta kepada Yang Maha Esa...

Ketika akad nikah di laksana...kamu berdua bukan menikah di hadapan manusia...tetapi kamu bernikah di hadapan Yang Maha Berkuasa...

setelah pernikahan telah sempurna...catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan kamu brdua,kerana kamu harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf pula apabila kamu fikir untuk bercerai kerana menyia-nyiakan doa mereka..

Sejak malam pertama bersyukur dan bersabarlah..kamu adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat yang sempurna..

Selama menempuh hidup berkeluarga..sedarilah bahjwa jalan yang akan di lalui bukan jalan bertabur bunga tapi juga semak belukar yang penuh dengan onak dan duri berbisa..

Ketika rumahtangga di landa taufan...jangan saling salah menyalahkan,tapi sebaliknya semakin erat berpegangan tangan..

KETAQWAAN..
KASIH SAYANG..
KESETIAAN..
KETERBUKAAN..
KEJUJURAN..
DAN KECINTAAN..

semoga memperoleh keluarga sakinah..

Barakallahufiq

Nasihat 28

Mmg benar..setiap org berhak menyuarakn pndpt, sokongan atau ketidakpuasan hati, membuat pilihan dan keputusan brdsrkn ilmu, pglmn atau dorongan drp sesiapa atau apa2 pun.

Tp..beringatlah sblm menyatakan atau melakukan sesuatu...krn semua ucapan dan perbuatan kita pasti akan ada balasan atau ganjarannya di sisi Allah swt.

Moga brmanfaat apa yg sy ingin kongsikan di sini sbg peringatan dan pedoman kita bersama..inshaAllah..

Terjemahan Surah Muhammad ayat 29 - 31.

(29) Atau apakah org2 yg ada penyakit dlm hatinya mengira bhwa Allah tdk akn menampakkan kedengkian mereka?

(30) Dan kalau Kami mghendaki, nescaya Kami tunjukkan mereka kpdmu sehingga kamu bnr2 dpt mengenal mereka dgn tanda2nya. Dan kamu bnr2 akn mengenal mereka dr kiasan2 perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan2 kamu.

(31) Dan sesungguhnya Kami bnr2 akn menguji kamu agr Kami mengetahui org2 yg berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agr Kami menyatakn (baik buruknya) hal ehwalmu.

Terjemahan Surah Al-Israa' ayat 36.

(36) Dan jgnlh kamu mengikuti apa yg kamu tdk mpunyai pengetahuan ttgnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akn diminta prtggungan jwbnya.

*Kesimpulannya, marilah kita sm2 berusaha perbaiki akhlak diri mnjadi lbh baik dr sblmnya.

Jauhkn dr persengketaan dan berdamailah sesama kita. Kemusykilan yg ada dlm hati kita, rujuklah kpd yg lbh arif dan berilmu, dan kmbalilah kpd firman2 Allah yg ada dlm al-quran.

Jika sy trslh kata, berilah teguran berhikmah dan tunjuk ajar yg sebaiknya..trm ksh 

Nasihat 27

Sudah menjadi kebiasaan
Tatkala kita berada lama di atas
Semakin cepat kita lupa yg berada di bawah
Semakin tidak relevan pula tindakan kita

Lupakah kita bahawasanya hidup ini umpama roda yg berputar?

Pasti akan ada masanya 
Kita berada di atas dan kemudian pula di bwh
Cuma bezanya lama atau sekejap
Bagus ataupun tidak

Hidup ini tidak sentiasa dipertandingkan
Tidak selalu dibanggakn
Kita belajar bagaimana utk mengharungi
Melengkapi dan bertahan

Jgn hny tahu bercakap
Tp tdk melaksana
Jgn hny tahu menabur janji
Tp jrg dikotakn

Kita tdk bodoh
Masih tahu menilai dan mbuat pertimbgn
Selagi ilmu yg diperoleh tetap diamal
Selagi keperluan mendahului kehendak

Bukan tdk mahu perbetulkn
Bukan takut diapa2kn
Tapi bertindak haruslh bijaksana
Agar terkesan dan tercapai maksud di hati

Doalah senjata utama kita
Selain usaha yg tdk prnh putus
Jgn dikhuatirkn kmngn yg entahkn bila
Krn janji Allah itu sudah pasti...

Nasihat 26

Jika dl merasai tp tdk mengetahui
Jika dl mengetahui tp tdk memahami
Jika dl memahami tp tdk jelas
Jika dl tdk jelas lalu tidak tahu bertindak...

Jika skrg mengetahui apa yg dirasai dl
Jika skrg memahami apa y diketahui dl
Jika skrg sudah jelas memahami
Pastinya akn terus bertindak...

Masa lalu boleh diimbas semula
Tp tdk dpt dikembalikan
Masa depan boleh diramal
Tp tdk dpt ditentukan

Bukan semua yg kita mahu
Kita akn dpt
Bukan semua yg kita dpt
Adlh yg kita mahukn

Seharusnya terimalah dan hargai
Apa2 sj yg tlh kita dpt dan miliki
Usah kecewa atau menyesal
Jika tdk dpt seperti yg dimahukn

Kerana...

Walaupun kita tdk dpt apa yg kita mahukn
Tapi mgkin kita sudah dpt apa yg kita perlukn

Hiduplah dgn mensyukuri
Segala nikmat kurniaan Allah
Tidakkan sia2 apa yg kita dpt
Jika kita tahu mghargainya.

Friday 27 December 2013

Nasihat 25

Bila blm jumpa..kita mencari
Bila hampir jumpa..kita brhrp
Bila sudah jumpa..?

Kdg2 kita suka dgn apa yg kita jumpa
Kdg2 kita xsuka dgn apa yg kita jumpa
Selalunya kita mghrp lbh dr apa yg kita jumpa
Jrg sekali kita rs cukup dgn apa yg kita jumpa..

Setelah kita jumpa...
Kdg2 ianya permulaan bg impian kita
Kdg2 pulak penamat bg impian kita

Walau apapun kenyataannya
Teruskn langkah dgn yakin
Jadikan apa yg tlh berlalu itu 
sbg pglmn dan pedoman hidup

Perjalanan hidup kita masih pjg utk disia2kn
Biarpun singkat masanya
Masih perlu utk berusaha dan bertahan
Walau sedetik cuma

Perancangan Allah itulah yg terbaik
Kerna Dia Maha Mengetahui segala2nya
Apa yg kita jumpa atau hilang
Merupakan pinjaman dariNya

Moga Allah menguatkan hati
Mengurniakan ketabahan jiwa
Ikhlas dlm setiap perbuatan
Insha Allah beroleh ketenangan..

Tuesday 24 December 2013

Cinta Yang Tidak Kau Sedari

Biasa kita dengar, bila kita kehilangan seseorang yg benar2 kita kasihi, pd waktu itu barulah kita tersedar betapa pentingnya dia dlm hidup kita. Begitu juga la dgn cinta, kita kerap kali tidak sedar cinta yg ada di depan mata, sehinggalah kita kehilangannya, baru kita sedar dan rasa betapa sedihnya hati...

Cinta yg tidak disedari..munculnya juga tanpa diduga. Entah bila perasaan itu bersarang dlm jiwa, bagaimana tumbuhnya bibit2 cinta, semuanya seolah2 kabur bila berada di depan mata. Tapi setelah org lain berjaya merebut cinta itu daripada kita, barulah kita tahu yg sbnrnya siapa yg betul2 kita cinta.

Sejak kehilangan cintanya, kita mungkin akan rasa sedih, rasa terkilan. Setiap kali menatap gambarnya bersama org lain, rasa remuk redam dlm jiwa. Sentiasa termenung, memikirkan kenapa cintanya bukan milik kita. Kita ingin sekali bahagia bila melihat dirinya bahagia, tapi..sedih yg dirasai. Kenapa? Kerana kita baru tahu, baru sedar, bahawa dialah org yg selama ini kita betul2 cintai..

Sungguh hati dan perasaan itu sgt halus. Sgt sukar untuk difahami. Seringkali kita dapat memahaminya apabila ia telah tiada dgn kita. Pd waktu itu, untuk apa lg difikirkan, untuk apa lg dikenang kerana segala2nya sudah pun berubah dan tak mungkin jadi seperti dl, seperti sediakala..

Akhirnya, apa yg mampu dilakukan hanyalah mengikhlaskn hati dan diri, menerima ketentuan dr Allah bahawa cintanya bukan untuk kita, dan kita tidak ditakdirkan untuk bersamanya. Apa yg lebih menggusarkan hati sebenarnya, bila kita dapat tahu bahawa dia juga menyintai kita tp tetap tak mampu merubah apa2.....

Monday 23 December 2013

Nasihat 24

Jika benar dah tak suka
Tidak mengapalah
Jika benar sudah benci
Pun tidak mengapa

Usah memaksa atau rasa terpaksa
Andai benar itulah yg terbaik
Teruskan tanpa bertangguh lagi
Asalkan tiada penyesalan di kemudian hari

Mungkin sukar untuk menerima
Apatah lagi benar2 memahami
Diam tak selalunya petanda setuju
Kdgkala bermakna menyerah kalah

Kalau itu keputusannya
Kalau itu kemahuannya
Tiada la lagi dpt mghalang
Melainkan akur dan redha saja

Titipan doa dan restu
Mengiringi perjalanan dan pemergian
Walau tak mampu mengiyakan
Tapi...itulah hakikat yg perlu diterima

Semoga segalanya dipermudahkn Allah...

Nasihat 23

Jika tak pernah merasai
Mungkin takkan pernah mengerti
Jika tak pernah terfikir
Mungkin takkan pernah tahu
Jika tak pernah melakukan
Mungkin takkan pernah mengalaminya...

Mudah untuk menasihati 
Tapi tak mudah untuk menerima nasihat
Mudah berprasangka
Tapi tak mudah meredhai sesuatu

Yg berlalu itu jadikan sbg pglmn n pgjrn hidup
Usah ditangisi mahupun diratapi
Yg selalu jelas nmpk itu tak semestinya indah
Yg tersembunyi itu pula tak semestinya tak menarik

Lihatlah dgn mata
Dengarlah dgn telinga
Dan fahamilah dgn hati
Syukurilah semuanya selagi masih mampu

Sekecil2 nikmat yg diperolehi
Memberi makna yg besar buat penghidupan
Ikhlaskan hati menerima ketentuanNya
Pasti ada kebahagiaan menanti...

Nasihat 22

Bagaimana kita akan lulus atau berjaya mghadapi ujian dan cabaran jika tiada persediaan yg secukupnya dilakukan?

Jgn suka ambil jalan mudah, iaitu asyik mgamalkn konsep 'redah je' jika betul2 mahu lulus dan berjaya.

Kejayaan tdk akn dtg bergolek d hdpn kita. Biarpun mgkin ada org yg mndpt kjyn y sbegitu, jgnlah selalu m'anggapnya sbg tuah atau nsb yg baik. 

Boleh jd Allah hadirkn sdkt ujian dan dugaan brsma kjyn yg diperolehi tnp sbrg persiapn dan usaha yg hrs dlksanakn.

Bukanlah utk dibanggakan melainkan utk disyukuri dan dinikmati sebaik mgkin.

Krn semua nikmat yg kita perolehi di dunia ini hny brsifat sementara.

Nilailah sesuatu itu bkn hny dr segi luaran sj. Telitilah dgn mata hati dan ambillah iktibar dr semua yg pernah kita dpt dan lalui...

Nasihat 21

Mendekati tak bermakna cinta
Menjauhi tak bermakna benci

Kdgkala berada jauh itu lbh baik agar tidak menyakiti atau disakiti sesiapa...

Nasihat 20

Penuhilah impian dan raihlah kejayaan yg diinginkn mengikut cara masing2. 

Biarkn mereka membuktikn kmampuan dan kreativiti sendiri dlm mengecapi nikmat kehidupan.

Jika mereka tersasar dari landasan yg betul, segerakanlah mberi prigtn dan bimbingn swjrnya.

Herdikan jua hinaan tdk selalunya mbantu mereka mmhami erti hidup yg sbnr.

Kesabaran dan kesantunan dlm mberi tunjuk ajar merupakan perkara terpenting dlm usaha utk mndidik.

Kita saling memerlukan jd belajarlah utk saling melengkapi agr hidup kita juga akn lengkap...

Friday 13 December 2013

Nasihat 19

Perkara yg benar blh disorokkan dr pgthuan org lain. Tp jika tlh diketahui, elakkn dr berbohong atau menafikan..

Org xmrh jika kita sembunyikn sesuatu perkara itu terutmnya jk mlbtkn perkara2 yg baik. Pasti ada sbb2 trtentu mnybbkn ianya perlu dirahsiakn.

Tp jk tdk mahu disalah aggp atau digelar penipu, lbh baik jk brterus trg n beri pnjlsn apabila rahsia tlh trbgkar n diketahui ramai org.

Perkara yg baik tdk seharusnya dicemari dgn prasangka buruk yg mndorong kpd doa2 yg tdk baik atau mengundang umpat n keji dr org lain.

Lbh baik jk rahsia itu disorokkn trs dr segi perkataan maupun perbuatan jk kita tdk brhjt utk mengumumknnya kpd org d sekeliling kita.

Jgn biarkn org lain berteka teki hingga blh mengundang rs menyampah, tdk puas hati atau menyinggung perasaan.

Hidup ini mudah jk kita tahu jalaninya dgn baik. Jgn susahkn diri sndiri dan juga org lain. Kita saling memerlukan jd hargailah keprihatinan org lain trhdp kita..

Hiduplh utk bhgia n mbhgiakn org lain inshaAllah ketenangan lah yg akn kita perolehi...

Nasihat 18

Fikir positif...

Jika kesusahan n ksengsaraan yg kita alami skrg ingatlah..

Mungkin krn sudah trlalu lm kita sng n selesa sblmnya

Mungkin kita trlalu sdkt brsyukur kpd Allah dahulunya

Mungkin kita trlalu megah n brbgga dgn apa yg kita miliki sjk dl lg

Mungkin juga krn kita sering merungut, mnylhkn tkdr n nsb hdp sdgkn kita msh mmpu utk berusaha n brthn dgn hati yg sbr

Mungkin...Allah skdr ingin menguji ketabahan hati hamba2Nya spy kita ttp berusaha mncari jln pnyelesaian tnp putus asa atau cpt mengalah...

Utk memiliki kesenangan n kebahagiaan hidup bukanlah sesuatu yg mudah bg kbykn org

Tp itu semua juga bukan alasan utk kita ttp terus berada dlm hidup yg serba kekurangan

Yakin n prcayalah pd janji n ganjaran dari Allah bg hamba2Nya yg kuat n ttp berusaha mperbaiki taraf hidup di dunia yg semakin mncbr ini..

Fikir positif n sntiasa la brsgka baik kpd Allah, krn semua yg brlaku di dunia ini ada sebabnya n hny Allah swt yg Maha Mengetahui sglnya..

Thursday 5 December 2013

Nasihat 17

Seseorang itu bukan sengaja untuk cepat 'melatah'. Kebiasaannya perkara itu berlaku berdasarkan pengalaman yang dilalui sebelumnya. Kita selalu mengambil kira pandangan dari pihak majoriti saja dan sering mengabaikan pandangan dari pihak minoriti. Jika pihak minoriti bersuara, dicop sebagai cepat melatah. Tapi bila pihak majoriti bersuara dianggap matang. 

Pendapat dari pihak majoriti tidak semestinya betul. Hanya kerana mereka ramai yang sependapat, tidak bermakna pihak minoriti pula yang salah. Dalam pertimbangan haruslah adil, bukannya berat sebelah. Jika tidak, kita tidak akan sedar bahawasanya kita telah melukakan hati pihak minoriti tersebut.

Benar, hati pihak majoriti yang perlu dijaga kerana mereka ramai. Dan kita sudah tentu tidak mahu tersepit di antara kedua2 pihak tersebut. Tapi adalah lebih baik jika kita pertimbangkan kedua2 pendapat daripada memutuskan untuk memilih pendapat dari pihak majoriti sebab mereka lebih ramai.

Kerana sebab itu juga la, keadilan sukar untuk ditegakkan dan kebenaran sukar untuk dibuktikan....

Nasihat 16

Bila kita mengambil alih sesuatu tugas yg sepatutnya dilaksanakn oleh org lain, seringkali kita lupa pd tggjwb sbnr yg perlu kita lakukan.

Tiada slhnya utk mbantu org lain menyelesaikn tugasannya selagi tggjwb kita tdk diabaikan atau tdk melebihkn tugasan org lain brbndg tggjwb sndiri.

Byk hati yg perlu dijaga demi memastikan keharmonian dlm sesuatu hubungan dan pergaulan ketika melaksanakn tggjwb yg ada.

Jika tdk mampu utk berlaku adil atau sama rata, cukup lah jika mengutamakan yg lbh penting dan yg sepatutnya.

Nasihat 15

Bukan mudah utk menyelami perasaan dan memahami hati budi seseorang.

Mengenali tidak semestinya dpt memahami apetah lg menerima seadanya.

Mudah melafazkan, jika mahu memahami seseorang, bygkn kita berada d tmptnya.

Hakikatnya, blh mbygkn tp tdk semestinya dpt merasai dgn betul atau tepat.

Seeloknya berilah pendapat, cadangan dan sokongan yg positif dlm mbantu menyelesaikan sesuatu perkara atau permasalahan.

Pendapat yg negatif biarpun betul menyatakan perkara yg berlaku, hnya mengundang kesan yg lebih buruk yg juga blh mbawa kpd jln buntu.

Elakkn dr mnjadi batu api tapi jd la org yg blh menenangkn dan mdamaikn persengketaan dan jiwa.

Hidup ini tidak lah lama. Belajar menSYUKURi setiap apa yg kita ada dan dpt, juga apa yg berlaku dlm hidup dr sekecil2 perkara hinggalah kpd prkara2 yg bsr.

Itulah kunci kebahagiaan yg sebenar2nya. Wallahu'alam.



Monday 25 November 2013

Nasihat 14

Ujian dr Allah itu dtgnya dlm pelbagai bentuk dan rupa..dr sekecil2 perkara hinggalah perkara2 yg bsr.

Ujian yg kecil itu biasanya sering diabaikan lantaran fokus kita lbh kpd ujian2 yg bsr.

Krp kali kita trslh tfsr bhwa ujian yg menimpa itu adlh suatu mslh.

Jika kita brpndpt bhwa ujian itu adlh mslh, jd yg dtg kpd kita itu adlh mslh2.

Manakala jika kita merasakan bhwa ujian yg hadir itu merupakn cabaran2 yg ada dlm hidup, maka cbrn2 itulah yg akn kita hadapi.

Setiap mslh dan cbrn pasti ada jln penyelesaiannya. Hingga jika kita mampu mbezakn d antara keduanya, maka mudahlah bg kita utk menyelesaikannya. Cuma..sudah tentu hasil dan kesannya akn berbeza.

Pilihan masih dan sentiasa berada d tgn kita. Tp ketentuan Allah lah yg akn mendahului segala pilihan dan prncgn yg tlh dibuat.

Meredhai sesuatu yg sudah berlaku dgn hati yg ikhlas, muhsbh dan menginsafi diri merupakn jln terbaik utk mperolehi ktngn hati dan kbhgiaan hidup yg sbnr.

Igtlah sentiasa bhwasanya Allah lbh mengetahui segalanya dan brbaik sgkalah kpdNya.

Krn..yg baik itu dtgnya drpd Allah, sdgkn yg buruk itu pula dtgnya dr diri sendiri.

Manfaatkn ms yg ada d dunia smntara ini sebaik2nya utk mndptkn kbhgiaan hakiki d akhirat kelak. InshaAllah...

Nasihat 13

Diam bukan bererti hilang
Ramah bukan bererti mesra
Tawa tak semestinya suka
Tangis tak semestinya duka

Redhakn kebahagiaan org lain jika mahu mengecap kebahagiaan sendiri 

Nasihat 12

Peringatan buat diri..

Janganlah kita bertanya kepada orang lain persoalan yang menjadi rahsia Allah.
Jangan mengguris perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah, yang redha dengan ketentuan Allah.
Kerana, Allah jualah sebaik-baik perancang...

Wednesday 13 November 2013

Nasihat 11

Kecantikan rupa paras dan luaran merupakan rezeki dan bonus dari Allah utk kebanyakan orang. Tapi akhlak dan budi pekerti yang baik itulah kecantikan diri yang sbnrnya.

Kecantikan luaran bukanlah utk dipertontonkan atau dsbbkannya kita berasa megah dan meninggi diri, melainkan utk disyukuri dan dimanfaatkan sebaiknya.

Jgn menghina rupa paras dan luaran seseorang yang menurut kamu adlh kurang elok, kerana semua itu adalah ciptaan Allah. Tiada sebaik2 ciptaan melainkan apa yang diciptakan oleh Allah swt.

Allah menciptakan sesuatu itu dgn bertujuan dan bukanlah dgn sia2. Itulah ujian dari Allah utk kita sbnrnya..Ganjaran Allah menanti hamba2Nya yg lulus dan berjaya lepas dari ujianNya. Wallahu'alam.

Monday 11 November 2013

Nasihat 10

Manusia memang mudah lupa, tapi tidak suka dilupakan..

Bila kita ditimpa kesusahan, sgt cepat kita mengadu n meminta pertolongn dariNya
Bila kita dilimpahi kesenangan, kita lupa menadah tgn bersyukur kpdNya
Bila melihat kesengsaraan org lain, sgt sukar menghulur bantuan
Bila kita menyaksikan keseronokan, cepat2 pula mahu berkongsi rasa

Kdg2 kita marah bila org tidak mengotakan janji
Tp kita tdk takut pula akn kemurkaan Allah kpd kita y selalu melanggar janji
Kita suka menghakimi org lain sesuka hati
Tapi tidak pula gentar jika dihakimi Allah kelak

Usah persoalkan apa2 y menjadi rahsia Allah
Seharusnya tetaplah berusaha, berdoa n bertawakkal kpdNya
Jgn suka membandingkan kelebihan2 n kelemahan2 y ada pd kita dgn org lain
Sesungguhnya ujian Allah kpd kita dtgnya dlm bentuk y berbeza2
Boleh jadi dlm bentuk kesenangan mahupun kesusahan
Y senang jgn terlalu mendabik dada
Y susah pula jgn terlalu sedih n menyalahkan nasib diri

Beringatlah selalu bahawasanya dunia ini hanya pinjaman semata
Y pdnya ada perkara2 y boleh melalaikan n menjauhkan kita dr Allah
Atau perkara2 y boleh membantu kita utk sentiasa dekat kpd Allah

Makin beranjak umur kita, makin terasa dekatnya penghujung hayat
Makin sibuk kita menguruskan dunia, makin lama kita terleka n jauh tersasar
Penuhilah kehidupan dgn seimbang
Antara keperluan utk hidup juga bekalan utk akhirat
Mudah-mudahan tiada penyesalan di akhir waktu..

Thursday 7 November 2013

Nasihat 9

Setiap kali kita merasa lelah dlm berusaha mperjuangkn nasib hidup, lihatlah keadaan sekeliling, renunglah sjnk..ada org lain y lbh ssh brbndg kita.

Jgn trs merungut tapi tetaplah maju ke hdpn. Tanamkn rs sbr n redha d spjg liku2 prjlnn.


Jgn sedih atau berkecil hati jika org lain tdk tahu bgmna utk mghargai kita. Diri kita sgt berharga utk disia2kn, jd biarlah org y selayaknya saja y boleh mghrgai kita. Jdkn diri kita brhrga buat org lain, bukan mnjadikan seseorg itu brhrga bg kita kecuali jk dia sedar n tahu 'nilai' kita..

Nasihat 8

Tdk perlu berkecil hati jika dperlekehkn oleh org lain. 

Adakalanya mereka brbuat demikian bknlh krn kita ini mmg sperti y dperkataknnya tp blh jd krn mereka merasa iri n tdk brpuas hati.

Besarkn hati menerima kritikan n segeralah brfkrn positif. 

Utamakan pandgn Allah dlm setiap perkara lbh drpd pndgn manusia.

Percaya pd diri sndiri selagi yakin msh tetap berada d jlnNya n teruskn usaha utk mnjadi y lbh baik stiap masa.

Nasihat 7

Usah berhasad dengki bila melihat org lain lbh senang atau lbh bgus brbndg kita.

Allah mberi rezeki kpd setiap hambaNya. Kdg kala dlm rezeki kita trdpt sbhgian rezeki milik org lain n begitulah sebaliknya.

Rezeki kurniaan Allah bknlh utk dibanggakan atau membuat kita jadi kedekut. 

Tapi sepatutnya dgn rezeki itu dpt mnjadikan kita sbg seseorg y tahu brsyukur n mghrgai pemberianNya dgn mgunakannya sebaik mungkin.

Seseorg mungkin kedekut utk menyedekahkn sbhgian hartanya kpd y memerlukan lantaran tkt ditimpa ksshn n harta brkrgn.

Seharusnya igtlah sntiasa bhwa setiap apa y kita dpt n miliki hnylh pinjmn dr Allah semata2..bl2 ms shja Allah berhak mgmbilnya semula dr kita.

Jauhilah dr hasad dengki n kedekut. Mudah2n kita dianugerahkan Allah dgn ktngn hati n kbhgiaan hdp. InshaAllah.

Nasihat 6

Krg suka ler dgn sstgh org y suka bercakap atau bersikap manja y dibuat2. Boleh tak bersikap lebih semula jadi n jujur seadanya? Tak perlu nk pikat or tarik perhatian org dgn cara camtu..tak sesuai pn. Bikin rasa menyampah lg ada la. 

Kalo pn nk cari kwn or jodoh sekalipun, lakukan ler dgn ikhlas. Biar org lain menerima kita sbb diri n sikap sbnr y ada pd diri kita. Tp kalo sikap buruk y ada pd diri tak payah la nk tonjolkn pulak..kelak memalukan diri sendiri je. Seeloknya bljr la utk perbaiki diri.

Setiap teguran n nasihat, teliti n fahami dl sblm tolak ke tepi. Boleh jadi bermanfaat utk diri. Jgn terlalu megah n bangga hingga berasa sudah sempurna brbndg org lain. Berpijaklah di bumi y nyata..

Cinta Pandang Pertama

Love at the first sight..mmg sesuatu y xmungkin dpt dilupakan smp bila2. Liyana, tdk pernah menyangka akn jatuh hati pd seseorg y tdk pernah dikenalinya hny pd pndgn pertama y singkat!

Liyana, menyambung pelajaran di tingkatan 4 tanpa seorg pun kwn2 lm sekolahnya dl. Dia tidak banyak cakap biarpun sebenarnya dia adalah seorg y sgt peramah. Liyana mempunyai 2org rakan baik y dikenali sbg Zaharah n Laili. Walaupun mereka bertiga berada dlm kelas y berbeza tp mereka rapat kerana tinggal di asrama y sama. 

Liyana seorg y pemalu bila brhdpn dgn kwn2 lelaki. Kwn2nya sgt menghormati perwatakan n sikapnya y baik n pemalu itu. Dia juga dikenali sbg seorg pelajar y mempunyai bakat tersembunyi iaitu pandai melukis. Dia sgt meminati mata pelajaran Pendidikan Islam. Sesuai dgn perwataknnya, dia berusaha bersungguh2 utk mendalami pengajian agama sebaiknya. Tp syg, dia kelihatan agk sombong n kera sumbang krn tdk gmr bergaul dgn kwn2 y lain.

Liyana tdk sdr rupanya dia mempunyai peminat y sentiasa memerhatikannya dlm diam. Liyana hny tahu mengenai peminat itu apabila diberitahu oleh Zaharah. Pd mulanya dia cuma menganggap Zaharah ingin bergurau dgnnya. Tp bila Zaharah serius meyakinkannya, barulah dia fhm. Namun lantaran ego n pendirian tegas y dimiliki, Liyana lgsg tdk mberikan respon kpd peminatnya itu. Mlh dia tdk mahu mengenali peminatnya itu secara dekat.

Nak dijadikan cerita, pd suatu mlm dlm perjalanan menuju ke dewan besar sekolah, secara tdk sengaja Liyana terpandang kelibat seorg lelaki y sedang menuruni tangga di belakangnya. Dia terus menoleh n pandgn matanya tertumpu pd seorg lelaki y sgt segak berbaju melayu n memakai songkok. Dgn tdk semena2, matanya terpukau dgn ketampanan wjh lelaki itu sehingga terdetik di hatinya pd saat itu bahawa, mungkin lelaki itulah peminatnya selama ini.

Boleh dikatakan Liyana mungkin perasan bhwa lelaki itu meminatinya. Maklum ler, hensem..hehe. Sampai je Liyana d asrama, dia terus mencari Zaharah n bertanyakan ttg peminatnya itu. Hatinya berbunga riang bila mendapat tahu bahawa lelaki y dilihatnya sebentar td betul2 merupakan peminat y tdk mahu dikenalinya dl. 

Sejak dari hari itu, Liyana sentiasa terserempak dgn lelaki itu. Ke mana saja dia pergi, pasti dia akan nmpk kelibat lelaki itu. Dlm hati Liyana mmg dia mengaku bhwa dirinya sudah jatuh hati pd peminatnya itu tp dsbbkn egonya y tinggi melangit, lm kelamaan keadaan itu membuatkn dia berasa rimas n tdk mempedulikan lg perasaannya trhdp lelaki itu.

Kbrnya lelaki itu ramai peminat perempuan. Tp xsangka pula dia y diminati lelaki itu. Apa y dia tahu lelaki itu sgt penyabar n memahami situasinya y lbh mengutamakan pelajaran dr cinta. Akhirnya cinta pandang pertama itu hny berakhir d ctu..

Suka duka budak sekolah

Haryati memulakan sesi persekolahan menengah bersama kwn2 y baik n bijak pandai. Dia mula belajar erti berdikari sejak tinggal di asrama sekolahnya. Bersama kwn2 seperjuangan, dia mengenali hati budi kwn2 dgn lbh dekat. Dr ctu jugalah dia mengubah sikapnya y panas baran n anti lelaki kpd seorg perempuan y sopan n menjaga batasan dlm pergaulan.

Kehidupan di asrama mmg sgt menyeronokkan. Pergi mkn n menonton tv bersama senior n junior, mengaji fardhu ain n menghafal ayat2 lazim n doa serta melakukan byk aktiviti bermanfaat. Biarpun pd mulanya terasa seperti mahu lari dr kehidupan asrama tp akhirnya Haryati akur bahawa hidupnya d ctu sgt aman n manis utk dikenang.

Dlm kelas Haryati, xramai kwn2 lelaki. Jd dia bersama kwn2 perempuan y lain suka membuli kwn2 laki y dirasakan lemah n pemalu itu. Walaupun begitu, Haryati sbnrnya lbh gemar bersendirian dr mengambil tahu hal kwn2 y lain.

Haryati selalu saja digosipkan dgn kwn2 laki dlm kelasnya. Dia tdk tahu knp tp pd pndptnya kwn2 perempuan hny sekadar mengusiknya saja. Ada seorg kwn lelaki dlm kelasnya, sgt comel tapi pemalu. Arif namanya. Arif merupakan ketua kelasnya. Dia sgt penyabar walaupun dibuli n selalu saja tersenyum. Haryati tdk berminat pd mn2 lelaki dlm kelasnya n hny membiarkan sj usikan kwn2nya.

Pd akhir sesi persekolahan, sekolah mengadakan sesi bergambar utk setiap kelas. Jurugambar mula menyusun kedudukan mereka supaya tampak kemas n cantik. Tanpa disangka, Arif disuruh berdiri bersebelahan dgn Haryati. Seperti seseorg y lgsg tiada perasaan, Haryati buat muka tdk tahu saja. Tp tdk disangka, Arif tersipu2 malu n asyik tersengih saja sepanjang sesi bergmbr. Haryati berlalu sepi tanpa mengendahkan usikan kwn2nya.

Haryati pd waktu itu memiliki pendirian y tegas n berprinsip iaitu tdk mahu bercinta selagi belum tamat sekolah. Dia berjaya mempertahankan prinsipnya ketika itu tanpa menyedari perubahan y bakal berlaku di kemudian hari..


Cinta Monyet

Jannah n Habib berkenalan sejak di tabika lg. Mereka seperti kwn2 y lain sgt seronok melakukan aktiviti sekolah setiap hari. Habib seorang y comel n manis. Semua kwn2 perempuan suka brkwn dgnnya. Dia sgt baik n suka ketawa dgn nada y menggelikan hati.

Jannah dlm diam menaruh perasaan kpd Habib tanpa disedari sesiapa. Jannah hny menyedari perasaannya itu ketika mereka berumur 12 tahun. Sejak di tabika lg mereka memang berada dlm kelas y sama. Apa y membuatkan Jannah sedar adalah kerana kawan lelaki menegur sikapnya y suka sgt melindungi Habib setiap kali dibuli oleh kwn2 lelaki y lain. Mereka cakap Jannah sukakan Habib sebab tu la selalu je ada bila Habib dibuli. 

Jannah pd mulanya memandang remeh teguran kwnnya itu. Tp bila difikirkan semula, ada benarnya teguran itu. Ini kerana dia tidak boleh melihat Habib dlm kesusahan. Dia sentiasa mahu melihat Habib tersenyum n riang gembira di depan matanya. Lm kelamaan Jannah mula berubah sikap. Dia mula malu2 bila bercakap dgn Habib. Walaupun perwatakannya agk kasar dgn lelaki, tp hny Habib sj y boleh lembutkan hatinya.

Tapi sebelum sempat Jannah meluahkan perasaannya kpd Habib, dia terlebih dahulu mengetahui bahawa Habib menyukai perempuan lain. Tidak diketahui siapa gerangan y berjaya mencuri hati Habib tp apa y blh Jannah lakukan adlh senyap n memendam rasa saja. Tapi perasaan itu xpernah berubah biarpun xprnh diungkp dgn kata2.

Jannah tdk pernah rasa perasaannya trhdp Habib cuma cinta monyet. Jauh d sudut hatinya berharap agar Habib memiliki perasaan y sm trhdpnya tp hampa. Harapan hny tgl hrpn. Bila berakhirnya sesi persekolahan rendah, masing2 membawa hala tuju y berbeza...


Wednesday 9 October 2013

Dia yang bernama A...

A..
Seorang yang murah dengan senyuman
Kerana, setiap kali melihat wajahnya
Pasti senyuman terukir
Menggambarkan jiwanya yang lembut dan penyayang

A..
Seorang yang pemalu dan bersopan
Suka menyembunyikan apa yang dirasakan
Sanggup memendam saja perasaan
Menyimpan rindu yang mendalam

A..
Bukanlah seorang yang pemarah
Melainkan tenang jiwanya
Penyabar dan penyantun
Bila bersuara dan berbicara

A..
Kehalusan sanubarinya
Menggetarkan hati sesiapapun yang mengenalinya
Punyai personaliti yang menarik
Dan tampil berkeyakinan

A..
Miliki pendirian yang tegas
Biarpun sukar mngenepikan apa yang terbuku
Di minda juga jiwa
Kerana dia seorang yang tabah...

Monolog

Tahap kebosanan y melampau..makin memuncak
tatkala perubahan y berlaku bukanlah sewajarnya
penantian y disia2kn dgn perkara2 mnjengkelkan
utk apa masih terus bertahan
bila mana ketenangan hati sudah diragut
penindasan makin berleluasa
biarpun xdpt dilihat dgn mata kasar
y tinggal bknlah redha tp pasrah
seakan tiada jln keluar
walhal diri sndiri y menidakkan peluang
membiarkn saja semuanya berlaku
atas dasar sabar n akur
atau sekadar menunggu dtgnya keajaiban
y entah bl akn kunjung tiba
sedangkan tiada keberanian utk menentang jua menegakkan
kelemahan diri makin terserlah d sblk ketabahan jiwa y terabai
menjadikan suasana bukan lg aman
malah makin terseksa n terhimpit
bilakah adanya kebangkitan
selagi didalangi perasaan takut n resah
makin menyesakkan jiwa
minda y berserabut
hati y mberontak
entah bila akn berakhir
jika tiada langkah penyelesaian....

Nasihat 5

Tak salah kn bl kita rs selesa hidup bersederhana biarpun hakikatnya hidup kita senang ada harta.. 
Harta benda y byk tak menjamin kebahagiaan hidup n ketenangan hati.
Menikmati hidup dgn mensyukuri segala nikmat kurniaanNya n sentiasa sedar diri buat hidup rasa sgt brmakna.


Intipati dalam kehidupan
Dipenuhi gelak tawa n tangis
Anyaman sejuta rasa
Mewarnai liku2 perjalanan
Apa y dimiliki n dirasai sementara cuma
Nikmat Allah haruslah disyukuri...


Bukan mudah mengembalikan smgt y makin berkurang atau y tlh hilang. Namun dgn pemikiran y positif mampu menjana tindakan positif dlm menguatkan semula smgt agar tetap terus berada d landasan y betul..



Monday 23 September 2013

Nasihat 4

SAHABAT...

Bukan mudah menjadikan seseorang itu sebagai sahabat.. Penerimaan n persefahaman perlu diwujudkan terlebih dahulu.

Persahabatan bukan sekadar ada n bersama tatkala suka n duka. Tapi..menghargai satu sama lain itu y lbh penting.

Persahabatan y ikhlas tidak mudah digugat dgn hasad dengki atau perasaan ingin melebihi y lainnya. 

Juga tidak mudah termakan dek hasutan, pujian atau hinaan.

Seseorang itu mungkin senang mendapatkan kawan. Tp utk mengekalkannya sbg sahabat, menuntut seribu pengorbanan n pengertian.

Persahabatan kerap diuji dgn kehadiran seseorang y baru di antaranya.

Kebiasaannya seseorang itu sering meninggalkan sebahagian y lainnya utk mendampingi kwn y baru atas dasar tiada lagi persefahaman atau merasa kedudukannya akn lebih terjamin n disanjung.

Utk menjalinkan persahabatan y baru, persahabatan y lama tdk sepatutnya dilupakan begitu saja.

Seharusnya persahabatan y baru dpt mengukuhkan lagi pershbtn y sedia ada.

Dlm bersahabat jgn asyik mghrpkn agr org lain memahami n mghargai kita saja selagi kita sendiri tdk cb memahami n mghargai org lain.

Krn sesungguhnya, kita ini sama saja. Kelebihan n kekurangan y ada bukanlah utk dipertandingkan melainkan hny utk melengkapi sesamanya.

Hargailah sesiapa pun y pernah hadir di sepanjang perjalanan hidup kita.

Jgn pernah menyalahkan org lain atas kegagalan sendiri dlm usaha menjadi sahabat y baik.

Sebaliknya belajarlah dari kesilapan n kegagalan lalu lantas mencorakkan semula hubungan persahabatan y masih ada...

Nasihat 3

Selalunya rezeki tidak akan dtg bergolek..kita la y harus berusaha mencari rezeki...

Bumi Allah ini sgt luas. Pastinya sumber rezeki ada di mana2. Cm barangkali ada di antara kita y tidak tahu bagaimana atau di mana nk memulakan pencarian.

Jgn gusar atau terlalu bimbang, jika rezeki y dicari tidak seperti apa y diharapkan. Yakinlah pd Allah dan tetaplah berusaha.

Kita sering mengharap agar rezeki y diperolehi akn sentiasa diberkati Allah. Bukan sekadar menitikberatkan soal halal atau haram, tp lbh dr itu..

Jika mahu berasa tenang n tenteram, redha la dgn apa y kita dapat. Merungut n meluahkan rasa, biarpun harus dielakkan tp kdg kala dpt jg mmbantu kita dlm melepaskan tekanan y ada. Tapi...

Muhasabah diri itu perlu, cekalkan hati n teruskan perjuangan walau langkah dihujani beribu halangan n dugaan. Krn..hidup msh perlu diteruskan selagi terdaya.

Sematkan dlm hati, penuh yakin n sabar, bahawasanya Allah swt lbh tahu apa y terbaik utk kita..

Thursday 19 September 2013

Nasihat 2

Bila kita meletakkan harapan hanya pada Allah, inshaAllah petunjuk n pertolongan dariNya akn tiba jua sm ada cpt atau lmbt. Pd ketika itu, keikhlasan n ksbrn sgt2 diperlukan. Benar bagai dikata.."mungkin y terbaik itu bknlh pd y terpilih tp pd jln y tlh Allah pilihkn utk kita."

Dia membiarkan kita merasai keadaan berduka, berputus asa, buntu atau d dlm dilema..spy pd waktu itu kita belajar memahami diri sendiri, mengenal pasti punca permasalahan seterusnya memikirkan jalan penyelesaian y pasti n wajar. Atau dlm erti kata y lain, bersangka baik lah kpd Allah. InshaAllah, perkara y baik akn dtg kpd kita. 

Bersyukur ats nikmat kurniaanNya y tdk terkira..y mampu menukarkn wajah muram n hiba kpd wajah y ceria n gembira hny dlm sekelip mata...ALHAMDULILLAH.

Wednesday 18 September 2013

Kisahku..

Salam..

Arini tetiba je rasa nk citer sumthing about me. Satu benda y sy perasan setelah sekian lama hidup kt muka bumi ni..Selama sy mengenali seseorang lelaki y pernah rapat dgn sy, ape y sy boleh katakan adalah adanya sedikit persamaan di antara diorang.

Sy pasti, lain org lain pengalamannya. Sy selalu percaya bhwasanya perjalanan hidup kita ini tlh ditentukan oleh Allah swt. Cumanya Dia masih n sentiasa mberi peluang kpd setiap hambaNya utk mengubah nasib n cara hidup menjadi y lebih baik..

Walaupun status sy sudah pun berkahwin, tp sebetulnya niat sy mengimbas semula n menulis pglmn lalu cuma skdr  ingatan n kenangan. Tiada apa y diharapkan selain itu. So, sy nk teruskn bercerita ni. Antara persamaan y dimiliki oleh kwn lelaki y sy knl:

1) Bilangan adik beradik & jantinanya 
Kebiasaannya sy selalu berkenalan dgn lelaki y mempunyai bilangan adik beradik y agk ramai atau dlm erti     kata y lain, memiliki 5 atau lebih adk beradik. Y bestnya beberapa org daripadanya mempunyai adik     beradik y sm jantinanya. Maksud sy, semua adk beradiknya adalah lelaki juga.

2) Sifat n sikap y dimiliki
Ha, y ni byk ckt nk cerita. Pertama, sifat y dimiliki tu mmg sm je sy perhatikan iaitu sopan, tak suka marah2, penyayang, pandai buat lawak n manis bila berbicara (bab ni mmg lelaki hebat..hehe). Kedua, sikap mereka y suka menyembunyikan perasaan, lebih suka memendam rasa dari meluahkan secara terang2n, tidak kisah jika kita suka fikir macam2 ttg diorg (konon malas nk layan ler tu), suka bagi nasihat, n y paling penting adalah jujur bila bercakap.

3) Faktor umur
Kebanyakannya adalah lebih muda dari sy n sebaya. Ada beberapa je y lbh tua dr sy..So dlm maksud y lain, sy rasa y sy lebih matang dr diorg! Hahahaha (perasan xabis2)

4) Nama
Biasanya dalam nama diorang mesti ada huruf Z & S...xkisah la pangkal nama ke, huruf kt tgh2 ke tp biasanya mmg kebetulan camtu

Kesimpulan y utama, kebanyakan diorg ni sk berkawan ngn sy bila sy single jela. (Mmg sepatutnya camtu la). Bila sy da kawen, diorg trus xberani nk kwn..hehe. Tp sy sentiasa jujur berkenaan status sy pd diorg ni..kerana hubungan persahabatan y berlandaskan penipuan tidak membawa kebaikan n keuntungan kpd mana2 pihak..




Tuesday 17 September 2013

Nasihat 1

Keindahan luaran mmg dpt memukau pandangan sesiapa y melihat

Keikhlasan hati jrg pula dirasai apatah lg difahami

Kebanyakan org brbangga dgn kecantikan luaran y dimiliki sehingga kerap terlupa bhwasanya itu adlh kelebihan sementara y dipinjamkan Allah

Jika melihat sesuatu ciptaan Allah sm ada elok atau tidak d pndgn mata..insafilah diri n ucpkn syukur.

Jgn mencerca n mghina krn sesungguhnya tiadalah Allah menciptakan sesuatu itu dgn sia-sia.

Seharusnya perbaikilah diri n akhlak agar menjadi y lebih baik setiap hari.

Kecantikan luaran hny sementara dikenang tp akhlak y baik selamanya diingati..wallahu'alam.

Monday 26 August 2013

Al-Kisah & Ceritera Cinta

Al-Kisah..
Menceritakan tentang pengalaman hidup seseorang..
Boleh jadi pengalaman hidupku, dia, kamu atau mereka..
Atau mungkin hanya cerita y diimbas kembali dr ms lalu..
Mengisahkan sesuatu y berlaku d ms kini, y jgk prnh berlaku dl n kesannya d ms akn dtg..

Ceritera Cinta..
Kisah kasih, syg n cinta..
Berkisarkan kisah sebenar, rekaan fantasi atau imaginasi y mnjadi realiti..
Penuh dgn suka duka, hilai tawa atau tangisan duka..
Semestinya diiringi mesej, pengajaran, panduan, pedoman n pegangan hidup.