Friday 18 April 2014

Nasihat 41

Terlalu lama berada di atas
Terlalu lama berasa selesa
Terlalu lama merasa megah
Terlalu lama tak pandang ke bawah
Apetah lg menoleh ke blkg

Segalanya itu...
Membuat kita lupa 
Membuat kita leka
Membuat kita berlagak
Membuat kita tak lagi berpijak di bumi yg nyata...

Sesekali pintu hati n diri perlu diketuk
Dikejutkan dari mimpi n lena yg pjg
Dikhbrkn dgn nsht n peringatan
Digegar dgn nikmat atau azab
Dipecahkn dr belenggu prmslhn

Bukanlah utk bersengketa
Bukan juga utk bermusuhan
Melainkn utk mncipta prsefahaman
Mewujudkn ketenangan
Menyedari klbhn n kkrgn yg ada
Utk melengkapi sesamanya
Dlm bersama2 mencari redha Ilahi.

Thursday 17 April 2014

Nasihat 40

Tak memandang bukan bererti tak nampak
Tak menegur bukan bererti tak perasan
Tak marah bukan bererti tak kisah
Tak mendengar bukan bererti pekak
Tak membalas bukan bererti lemah...

Jgn menganggap org yg diam itu tdk tahu apa2

Diamnya krn berfikir
Diamnya krn cb utk mmhami
Diamnya krn cb utk mncari penyelesaian

Jgn sk mengambil ksmptn trhdp org lain
Jika tak mahu org lain melakukan prkara yg sm trhdp kita...

Nasihat 39

Manusia ni kbykn sifatnya mmg sk mgkritik kn? Mmg xslh nk kritik jika brtujuan utk mnyedarkn atau mbetulkn. Tp bknkh blh menegur dgn cara yg berhemah? Iaitu cara yg tdk akn buat org sakit hati, merasa rendah diri atau rs terhina? 

Nk tegur pn biarlah bertempat..jgn smpai mjatuhkn air muka seseorg di hadapan org lain pula. Situasi itu sm ada blh memalukn si penegur atau org yg ditegur.

Sebaiknya sebelum mgkritik atau menegur seseorg, ingat n fikirkanlah semula kebaikn2 atau klbhn yg dimiliki seseorg itu. Moga dgn cara itu dpt mndidik kita dlm mberikn kritikan n teguran yg baik sekaligus berkesan..

Bukankah kita mengkritik dan menegur supaya seseorg itu sedar dan seterusnya mperbaiki kkrgn n klmhn yg ada? Jd pastikan tujuan dan matlamat kita itu smp kpd org yg seharusnya menerima kritikan atau teguran itu..

Jika kita tdk suka org lain melakukan perkara yg kita tdk suka trhdp kita, jd seharusnya jgk kita jgn lakukan sesuatu yg org lain tdk suka dilakukn kpd mereka.

Wednesday 2 April 2014

Nasihat 38

Kekurangan..
Dengannya kita belajar utk rasa susah
Tapi jadi lebih berdikari

Kekurangan..
Dengannya buat kita kerap mengeluh
Tapi tetap kuat utk bertahan

Kekurangan..
Dengannya mnjadikan kita sedar diri
Tapi tidak akn mbiarkn diri dipijak

Kekurangan..
Dengannya kita rasa malu
Tapi tidak bermakna mudah utk dihina

Kekurangan..
Dengannya kita akn lbh bersyukur
Dengannya kita akn lbh berusaha
Dengannya kita tdk mudah putus asa
Dan dengannya buat kita tak lupa pd Yg Maha Esa...

Nasihat 37

KITA DISIBUKKAN DENGAN DUNIA?
"...tanda-tanda Iman ditarik dari hati (ditutup pintu hatinya) ialah Allah akan sibukkan dirinya dengan urusan dunia..." (mafhum riwayah). 

Tazkirah Hassan Din al-hafiz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan...
Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT...dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia...kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah...tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia..
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar...
Kenapa...
kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita..
kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita..
kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam...solat tahajud dan bermunajat...

kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman....apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala-galanya....setiap kali menyambut hari jadi...kita sibuk nak raikan sebaik mungkin...tetapi kita telah lupa..dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan...ke satu perjalanan yang jauh..yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

Sahabat yang ku sayang..
Kerinduan bertemu Allah subhanahu wa ta’ala umpama angin semilir yang menerpa qalbu, membuatnya sejuk dengan menjauhi gemerlapnya dunia. Siapapun yang menempatkan qalbunya di sisi Rabb-nya, ia akan merasa tenang dan tenteram. Dan siapapun yang melepaskan qalbunya di antara manusia, ia akan semakin gundah gulana.

Ingatlah! Kecintaan terhadap Allah tidaklah akan masuk ke dalam qalbu manusia yang mencintai dunia.

Ketahuilah wahai sahabat
Jika Allah subhanahu wa ta’ala cinta kepada seorang hamba itu, maka Allah subhanahu wa ta’ala akan memilih dia sebagai tempat pemberian nikmat-nikmat-Nya, dan Ia akan memilihnya di antara hamba-hamba-Nya, sehingga hamba itu pun akan menyibukkan dunianya hanya dengan ibadah kepada Allah. Lisannya senantiasa basah dengan berzikir kepada-Nya, anggota badannya selalu dipakai untuk berkhidmat kepada-Nya.

Ya Allah, cintailah kami dan keluarga kami.janganlah Kau berpaling dari kami...
Pilihlah kami sebagai tempat pemberian nikmat-nikmatMu.

Aamiin.


(Dipetik dr fb Beautiful Islam)

Nasihat 36

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit $50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke Orchard Road, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..


(Dipetik dr fb Beautiful islam)

Nasihat 35

Ketenangan itu hadir
Tatkala kita sudah dapat menerima kenyataan

Ketenangan itu ada
Bila kita mengikhlaskan hati dan diri

Ketenangan itu manis
Setelah kita meneruskan saja perjuangan

Ketenangan itu mmg indah
Di saat kita redha dgn ketentuan dr Allah...