Thursday 6 February 2014

Nasihat 32

Susah bila kita sudah tawar hati terhadap sesuatu atau seseorang
Sukar untuk dipujuk mahupun diubati
Ibarat luka yang sudah sembuh, tapi meninggalkan kesan parut
Begitulah hati dan perasaan itu diumpamakan..

Jangan menyalahkan tanpa mengetahui
Jangan menghukum tanpa memahami
Usah mencemuh atau membandingkan
Sebelum menilai sedalam2nya

Tidak perlu dipaksa atau memaksa
Lebih baik biarkan sahaja
Usah mempersoalkan atau memperkecilkan
Lebih baik jika berdiam diri

Ikhlaskan hati menerima ketentuan
Harungi segalanya tanpa perlu melupakan
Jadikan ianya sebagai pengalaman
Juga pedoman hidup.

Nasihat 31

Ketika kita hampir berputus asa atau merasakan tiada lg berkemampuan untuk bertahan...

Maka serahkanlah segala urusan dan pengharapan hanya kepada Allah swt...

InshaAllah akan dipermudahkanNya, lalu ditunjukiNya akan jalan kebenaran yang terbentang di depan mata.

Nasihat 30

Bersederhana itu kan lbh baik. Tp jk mampu apa salahnya. Asalkn tdk trlalu berbangga dan tdk pula menghina org lain, itu dah cukup baik.

Berbelanja biarlah mengikut kemampuan sendiri. Usah dengki atau rs rendah diri jk tdk semampu org lain. 

Rezeki yg diberikan Allah kpd kita sbnrnya sm rata cm dlm bentuk yg berbeza2. Tp kita selalu nmpk kkrgn yg ada brbndg kelebihan yg dimiliki. 

Belajarlah utk mensyukuri segala nikmat yg ada walau hny utk nikmat yg dirasakn kecil n sdkt. Krn semuanya itu milik Allah swt yg dipinjamkn hny sementara utk kita.

Nasihat 29

Kdg2 apa yg kita lihat dan dengar adalah perkara yg berbeza dr apa yg sbnrnya berlaku.

Hakikat sbnr utk melihat dan mndgr adalah dgn meneliti dan mmahami melalui hati dan perasaan.

Tp hati dan perasaan itu haruslah bebas dan terhindar dr hal2 yg negatif.

Salah faham dan pergaduhan sng berlaku jika kita hny suka melihat dan mndgr tp tdk cuba utk memahami.

Gunakanlah penglihatan, pndgrn dan hati sebaiknya agar kita terpelihara dr melakukan perkara2 yg negatif.