Monday 30 December 2013

Merindui..

Entah mengapa hati ini meronta2
Ingin sekali menatap wajahnya
Ingin sekali mendengar suaranya
Ingin sekali tersenyum tatkala melihatnya bahagia

Cukuplah rasanya walaupun hanya sekali
Segala impian itu dipenuhi
Kerana jiwa sarat menanggung
Derita sengsara kerna merindui dirinya

Lupakah dia pada ku?
Ingatkah lg dirinya pd kngn2 bersama yg lalu?
Kenapa dia masih menyepikan diri?
Merajuk, kecewa atau sudah benci?

Dia meninggalkanku dgn seribu tanda tanya
Dia menyepikan diri jauh dr penglihatanku
Dia selalu menunjukkan kesepian
Yg sgt sukar utk difahami

Bilakah agknya kesunyian ini akn hilang?
Mungkinkah terubat rindu yg makin bersarang?
Keraskah hatinya utk dilembutkan?
Ataukah rajuk di hati makin menggunung?

Berilah kesempatan utk bersemuka
Ataupun berbicara tanpa bayangan
Mogakan luka dpt sembuh
Parut pun turut hilang...

Dikaulah IDAMAN....

Ketika ingin bernikah...

Ketika ingin bernikah

janganlah mencari ISTERI sahaja...tetapi carilah IBU bagi anak-anak kita....

Ketika mencari SUAMI janganlah mencari yang banyak HARTA...tetapi carilah IMAM bagi keluarga kita.

Ketika melamar si dara,kamu bukan sedang meminta kepada orang tua nya tetapi kamu meminta kepada Yang Maha Esa...

Ketika akad nikah di laksana...kamu berdua bukan menikah di hadapan manusia...tetapi kamu bernikah di hadapan Yang Maha Berkuasa...

setelah pernikahan telah sempurna...catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan kamu brdua,kerana kamu harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf pula apabila kamu fikir untuk bercerai kerana menyia-nyiakan doa mereka..

Sejak malam pertama bersyukur dan bersabarlah..kamu adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat yang sempurna..

Selama menempuh hidup berkeluarga..sedarilah bahjwa jalan yang akan di lalui bukan jalan bertabur bunga tapi juga semak belukar yang penuh dengan onak dan duri berbisa..

Ketika rumahtangga di landa taufan...jangan saling salah menyalahkan,tapi sebaliknya semakin erat berpegangan tangan..

KETAQWAAN..
KASIH SAYANG..
KESETIAAN..
KETERBUKAAN..
KEJUJURAN..
DAN KECINTAAN..

semoga memperoleh keluarga sakinah..

Barakallahufiq

Nasihat 28

Mmg benar..setiap org berhak menyuarakn pndpt, sokongan atau ketidakpuasan hati, membuat pilihan dan keputusan brdsrkn ilmu, pglmn atau dorongan drp sesiapa atau apa2 pun.

Tp..beringatlah sblm menyatakan atau melakukan sesuatu...krn semua ucapan dan perbuatan kita pasti akan ada balasan atau ganjarannya di sisi Allah swt.

Moga brmanfaat apa yg sy ingin kongsikan di sini sbg peringatan dan pedoman kita bersama..inshaAllah..

Terjemahan Surah Muhammad ayat 29 - 31.

(29) Atau apakah org2 yg ada penyakit dlm hatinya mengira bhwa Allah tdk akn menampakkan kedengkian mereka?

(30) Dan kalau Kami mghendaki, nescaya Kami tunjukkan mereka kpdmu sehingga kamu bnr2 dpt mengenal mereka dgn tanda2nya. Dan kamu bnr2 akn mengenal mereka dr kiasan2 perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan2 kamu.

(31) Dan sesungguhnya Kami bnr2 akn menguji kamu agr Kami mengetahui org2 yg berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agr Kami menyatakn (baik buruknya) hal ehwalmu.

Terjemahan Surah Al-Israa' ayat 36.

(36) Dan jgnlh kamu mengikuti apa yg kamu tdk mpunyai pengetahuan ttgnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akn diminta prtggungan jwbnya.

*Kesimpulannya, marilah kita sm2 berusaha perbaiki akhlak diri mnjadi lbh baik dr sblmnya.

Jauhkn dr persengketaan dan berdamailah sesama kita. Kemusykilan yg ada dlm hati kita, rujuklah kpd yg lbh arif dan berilmu, dan kmbalilah kpd firman2 Allah yg ada dlm al-quran.

Jika sy trslh kata, berilah teguran berhikmah dan tunjuk ajar yg sebaiknya..trm ksh 

Nasihat 27

Sudah menjadi kebiasaan
Tatkala kita berada lama di atas
Semakin cepat kita lupa yg berada di bawah
Semakin tidak relevan pula tindakan kita

Lupakah kita bahawasanya hidup ini umpama roda yg berputar?

Pasti akan ada masanya 
Kita berada di atas dan kemudian pula di bwh
Cuma bezanya lama atau sekejap
Bagus ataupun tidak

Hidup ini tidak sentiasa dipertandingkan
Tidak selalu dibanggakn
Kita belajar bagaimana utk mengharungi
Melengkapi dan bertahan

Jgn hny tahu bercakap
Tp tdk melaksana
Jgn hny tahu menabur janji
Tp jrg dikotakn

Kita tdk bodoh
Masih tahu menilai dan mbuat pertimbgn
Selagi ilmu yg diperoleh tetap diamal
Selagi keperluan mendahului kehendak

Bukan tdk mahu perbetulkn
Bukan takut diapa2kn
Tapi bertindak haruslh bijaksana
Agar terkesan dan tercapai maksud di hati

Doalah senjata utama kita
Selain usaha yg tdk prnh putus
Jgn dikhuatirkn kmngn yg entahkn bila
Krn janji Allah itu sudah pasti...

Nasihat 26

Jika dl merasai tp tdk mengetahui
Jika dl mengetahui tp tdk memahami
Jika dl memahami tp tdk jelas
Jika dl tdk jelas lalu tidak tahu bertindak...

Jika skrg mengetahui apa yg dirasai dl
Jika skrg memahami apa y diketahui dl
Jika skrg sudah jelas memahami
Pastinya akn terus bertindak...

Masa lalu boleh diimbas semula
Tp tdk dpt dikembalikan
Masa depan boleh diramal
Tp tdk dpt ditentukan

Bukan semua yg kita mahu
Kita akn dpt
Bukan semua yg kita dpt
Adlh yg kita mahukn

Seharusnya terimalah dan hargai
Apa2 sj yg tlh kita dpt dan miliki
Usah kecewa atau menyesal
Jika tdk dpt seperti yg dimahukn

Kerana...

Walaupun kita tdk dpt apa yg kita mahukn
Tapi mgkin kita sudah dpt apa yg kita perlukn

Hiduplah dgn mensyukuri
Segala nikmat kurniaan Allah
Tidakkan sia2 apa yg kita dpt
Jika kita tahu mghargainya.

Friday 27 December 2013

Nasihat 25

Bila blm jumpa..kita mencari
Bila hampir jumpa..kita brhrp
Bila sudah jumpa..?

Kdg2 kita suka dgn apa yg kita jumpa
Kdg2 kita xsuka dgn apa yg kita jumpa
Selalunya kita mghrp lbh dr apa yg kita jumpa
Jrg sekali kita rs cukup dgn apa yg kita jumpa..

Setelah kita jumpa...
Kdg2 ianya permulaan bg impian kita
Kdg2 pulak penamat bg impian kita

Walau apapun kenyataannya
Teruskn langkah dgn yakin
Jadikan apa yg tlh berlalu itu 
sbg pglmn dan pedoman hidup

Perjalanan hidup kita masih pjg utk disia2kn
Biarpun singkat masanya
Masih perlu utk berusaha dan bertahan
Walau sedetik cuma

Perancangan Allah itulah yg terbaik
Kerna Dia Maha Mengetahui segala2nya
Apa yg kita jumpa atau hilang
Merupakan pinjaman dariNya

Moga Allah menguatkan hati
Mengurniakan ketabahan jiwa
Ikhlas dlm setiap perbuatan
Insha Allah beroleh ketenangan..

Tuesday 24 December 2013

Cinta Yang Tidak Kau Sedari

Biasa kita dengar, bila kita kehilangan seseorang yg benar2 kita kasihi, pd waktu itu barulah kita tersedar betapa pentingnya dia dlm hidup kita. Begitu juga la dgn cinta, kita kerap kali tidak sedar cinta yg ada di depan mata, sehinggalah kita kehilangannya, baru kita sedar dan rasa betapa sedihnya hati...

Cinta yg tidak disedari..munculnya juga tanpa diduga. Entah bila perasaan itu bersarang dlm jiwa, bagaimana tumbuhnya bibit2 cinta, semuanya seolah2 kabur bila berada di depan mata. Tapi setelah org lain berjaya merebut cinta itu daripada kita, barulah kita tahu yg sbnrnya siapa yg betul2 kita cinta.

Sejak kehilangan cintanya, kita mungkin akan rasa sedih, rasa terkilan. Setiap kali menatap gambarnya bersama org lain, rasa remuk redam dlm jiwa. Sentiasa termenung, memikirkan kenapa cintanya bukan milik kita. Kita ingin sekali bahagia bila melihat dirinya bahagia, tapi..sedih yg dirasai. Kenapa? Kerana kita baru tahu, baru sedar, bahawa dialah org yg selama ini kita betul2 cintai..

Sungguh hati dan perasaan itu sgt halus. Sgt sukar untuk difahami. Seringkali kita dapat memahaminya apabila ia telah tiada dgn kita. Pd waktu itu, untuk apa lg difikirkan, untuk apa lg dikenang kerana segala2nya sudah pun berubah dan tak mungkin jadi seperti dl, seperti sediakala..

Akhirnya, apa yg mampu dilakukan hanyalah mengikhlaskn hati dan diri, menerima ketentuan dr Allah bahawa cintanya bukan untuk kita, dan kita tidak ditakdirkan untuk bersamanya. Apa yg lebih menggusarkan hati sebenarnya, bila kita dapat tahu bahawa dia juga menyintai kita tp tetap tak mampu merubah apa2.....

Monday 23 December 2013

Nasihat 24

Jika benar dah tak suka
Tidak mengapalah
Jika benar sudah benci
Pun tidak mengapa

Usah memaksa atau rasa terpaksa
Andai benar itulah yg terbaik
Teruskan tanpa bertangguh lagi
Asalkan tiada penyesalan di kemudian hari

Mungkin sukar untuk menerima
Apatah lagi benar2 memahami
Diam tak selalunya petanda setuju
Kdgkala bermakna menyerah kalah

Kalau itu keputusannya
Kalau itu kemahuannya
Tiada la lagi dpt mghalang
Melainkan akur dan redha saja

Titipan doa dan restu
Mengiringi perjalanan dan pemergian
Walau tak mampu mengiyakan
Tapi...itulah hakikat yg perlu diterima

Semoga segalanya dipermudahkn Allah...

Nasihat 23

Jika tak pernah merasai
Mungkin takkan pernah mengerti
Jika tak pernah terfikir
Mungkin takkan pernah tahu
Jika tak pernah melakukan
Mungkin takkan pernah mengalaminya...

Mudah untuk menasihati 
Tapi tak mudah untuk menerima nasihat
Mudah berprasangka
Tapi tak mudah meredhai sesuatu

Yg berlalu itu jadikan sbg pglmn n pgjrn hidup
Usah ditangisi mahupun diratapi
Yg selalu jelas nmpk itu tak semestinya indah
Yg tersembunyi itu pula tak semestinya tak menarik

Lihatlah dgn mata
Dengarlah dgn telinga
Dan fahamilah dgn hati
Syukurilah semuanya selagi masih mampu

Sekecil2 nikmat yg diperolehi
Memberi makna yg besar buat penghidupan
Ikhlaskan hati menerima ketentuanNya
Pasti ada kebahagiaan menanti...

Nasihat 22

Bagaimana kita akan lulus atau berjaya mghadapi ujian dan cabaran jika tiada persediaan yg secukupnya dilakukan?

Jgn suka ambil jalan mudah, iaitu asyik mgamalkn konsep 'redah je' jika betul2 mahu lulus dan berjaya.

Kejayaan tdk akn dtg bergolek d hdpn kita. Biarpun mgkin ada org yg mndpt kjyn y sbegitu, jgnlah selalu m'anggapnya sbg tuah atau nsb yg baik. 

Boleh jd Allah hadirkn sdkt ujian dan dugaan brsma kjyn yg diperolehi tnp sbrg persiapn dan usaha yg hrs dlksanakn.

Bukanlah utk dibanggakan melainkan utk disyukuri dan dinikmati sebaik mgkin.

Krn semua nikmat yg kita perolehi di dunia ini hny brsifat sementara.

Nilailah sesuatu itu bkn hny dr segi luaran sj. Telitilah dgn mata hati dan ambillah iktibar dr semua yg pernah kita dpt dan lalui...

Nasihat 21

Mendekati tak bermakna cinta
Menjauhi tak bermakna benci

Kdgkala berada jauh itu lbh baik agar tidak menyakiti atau disakiti sesiapa...

Nasihat 20

Penuhilah impian dan raihlah kejayaan yg diinginkn mengikut cara masing2. 

Biarkn mereka membuktikn kmampuan dan kreativiti sendiri dlm mengecapi nikmat kehidupan.

Jika mereka tersasar dari landasan yg betul, segerakanlah mberi prigtn dan bimbingn swjrnya.

Herdikan jua hinaan tdk selalunya mbantu mereka mmhami erti hidup yg sbnr.

Kesabaran dan kesantunan dlm mberi tunjuk ajar merupakan perkara terpenting dlm usaha utk mndidik.

Kita saling memerlukan jd belajarlah utk saling melengkapi agr hidup kita juga akn lengkap...

Friday 13 December 2013

Nasihat 19

Perkara yg benar blh disorokkan dr pgthuan org lain. Tp jika tlh diketahui, elakkn dr berbohong atau menafikan..

Org xmrh jika kita sembunyikn sesuatu perkara itu terutmnya jk mlbtkn perkara2 yg baik. Pasti ada sbb2 trtentu mnybbkn ianya perlu dirahsiakn.

Tp jk tdk mahu disalah aggp atau digelar penipu, lbh baik jk brterus trg n beri pnjlsn apabila rahsia tlh trbgkar n diketahui ramai org.

Perkara yg baik tdk seharusnya dicemari dgn prasangka buruk yg mndorong kpd doa2 yg tdk baik atau mengundang umpat n keji dr org lain.

Lbh baik jk rahsia itu disorokkn trs dr segi perkataan maupun perbuatan jk kita tdk brhjt utk mengumumknnya kpd org d sekeliling kita.

Jgn biarkn org lain berteka teki hingga blh mengundang rs menyampah, tdk puas hati atau menyinggung perasaan.

Hidup ini mudah jk kita tahu jalaninya dgn baik. Jgn susahkn diri sndiri dan juga org lain. Kita saling memerlukan jd hargailah keprihatinan org lain trhdp kita..

Hiduplh utk bhgia n mbhgiakn org lain inshaAllah ketenangan lah yg akn kita perolehi...

Nasihat 18

Fikir positif...

Jika kesusahan n ksengsaraan yg kita alami skrg ingatlah..

Mungkin krn sudah trlalu lm kita sng n selesa sblmnya

Mungkin kita trlalu sdkt brsyukur kpd Allah dahulunya

Mungkin kita trlalu megah n brbgga dgn apa yg kita miliki sjk dl lg

Mungkin juga krn kita sering merungut, mnylhkn tkdr n nsb hdp sdgkn kita msh mmpu utk berusaha n brthn dgn hati yg sbr

Mungkin...Allah skdr ingin menguji ketabahan hati hamba2Nya spy kita ttp berusaha mncari jln pnyelesaian tnp putus asa atau cpt mengalah...

Utk memiliki kesenangan n kebahagiaan hidup bukanlah sesuatu yg mudah bg kbykn org

Tp itu semua juga bukan alasan utk kita ttp terus berada dlm hidup yg serba kekurangan

Yakin n prcayalah pd janji n ganjaran dari Allah bg hamba2Nya yg kuat n ttp berusaha mperbaiki taraf hidup di dunia yg semakin mncbr ini..

Fikir positif n sntiasa la brsgka baik kpd Allah, krn semua yg brlaku di dunia ini ada sebabnya n hny Allah swt yg Maha Mengetahui sglnya..

Thursday 5 December 2013

Nasihat 17

Seseorang itu bukan sengaja untuk cepat 'melatah'. Kebiasaannya perkara itu berlaku berdasarkan pengalaman yang dilalui sebelumnya. Kita selalu mengambil kira pandangan dari pihak majoriti saja dan sering mengabaikan pandangan dari pihak minoriti. Jika pihak minoriti bersuara, dicop sebagai cepat melatah. Tapi bila pihak majoriti bersuara dianggap matang. 

Pendapat dari pihak majoriti tidak semestinya betul. Hanya kerana mereka ramai yang sependapat, tidak bermakna pihak minoriti pula yang salah. Dalam pertimbangan haruslah adil, bukannya berat sebelah. Jika tidak, kita tidak akan sedar bahawasanya kita telah melukakan hati pihak minoriti tersebut.

Benar, hati pihak majoriti yang perlu dijaga kerana mereka ramai. Dan kita sudah tentu tidak mahu tersepit di antara kedua2 pihak tersebut. Tapi adalah lebih baik jika kita pertimbangkan kedua2 pendapat daripada memutuskan untuk memilih pendapat dari pihak majoriti sebab mereka lebih ramai.

Kerana sebab itu juga la, keadilan sukar untuk ditegakkan dan kebenaran sukar untuk dibuktikan....

Nasihat 16

Bila kita mengambil alih sesuatu tugas yg sepatutnya dilaksanakn oleh org lain, seringkali kita lupa pd tggjwb sbnr yg perlu kita lakukan.

Tiada slhnya utk mbantu org lain menyelesaikn tugasannya selagi tggjwb kita tdk diabaikan atau tdk melebihkn tugasan org lain brbndg tggjwb sndiri.

Byk hati yg perlu dijaga demi memastikan keharmonian dlm sesuatu hubungan dan pergaulan ketika melaksanakn tggjwb yg ada.

Jika tdk mampu utk berlaku adil atau sama rata, cukup lah jika mengutamakan yg lbh penting dan yg sepatutnya.

Nasihat 15

Bukan mudah utk menyelami perasaan dan memahami hati budi seseorang.

Mengenali tidak semestinya dpt memahami apetah lg menerima seadanya.

Mudah melafazkan, jika mahu memahami seseorang, bygkn kita berada d tmptnya.

Hakikatnya, blh mbygkn tp tdk semestinya dpt merasai dgn betul atau tepat.

Seeloknya berilah pendapat, cadangan dan sokongan yg positif dlm mbantu menyelesaikan sesuatu perkara atau permasalahan.

Pendapat yg negatif biarpun betul menyatakan perkara yg berlaku, hnya mengundang kesan yg lebih buruk yg juga blh mbawa kpd jln buntu.

Elakkn dr mnjadi batu api tapi jd la org yg blh menenangkn dan mdamaikn persengketaan dan jiwa.

Hidup ini tidak lah lama. Belajar menSYUKURi setiap apa yg kita ada dan dpt, juga apa yg berlaku dlm hidup dr sekecil2 perkara hinggalah kpd prkara2 yg bsr.

Itulah kunci kebahagiaan yg sebenar2nya. Wallahu'alam.